Jumlah Paparan Halaman

Selasa, November 06, 2012

ciri-ciri keselamatan wang Malaysia..

Assalamualaikum..

kali ini cikgu yati nak kita semua tahu tentang ciri-ciri keselamatan wang Malaysia.. 

CIRI-CIRI KESELAMATAN WANG KERTAS
MALAYSIA
Untuk membantu anda mengenal pasti
ketulenan wang kertas, ciri-ciri
keselamatan utama wang kertas Malaysia
(siri ketiga) adalah seperti berikut:
• Kertas
Wang kertas Malaysia dihasilkan daripada
kertas yang bermutu tinggi yang diperbuat
daripada kapas. Apabila disentuh, wang
kertas terasa kesat sedikit dan apabila
diramas hasilnya ialah bunyi kerangupan
yang unik.
• Potret Yang di-Pertuan Agong
Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama
yang terdapat di sebelah kanan wang
kertas adalah satu ciri pencegah pemalsuan
yang sukar untuk disalin atau dikeluarkan
semula.
• Potret Tanda Bayang
Imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan
Agong Pertama boleh dilihat pada petak
kosong di sebelah kiri wang kertas,
sekiranya ditatap pada cahaya. Imej
daripada cahaya ini bercorak 3 dimensi
dengan alunan warna gelap dan terang
yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan luar
yang nyata. Di bahagian bawah potret
tanda bayang ini terdapat angka berkaitan.
Sebagai contoh, angka 50 dipaparkan
untuk denominasi RM50.
• Benang Keselamatan
Benang keselamatan ini ditenun
di permukaan sebelah belakang wang
kertas. Apabila dilihat pada cahaya,
benang ini kelihatan seperti satu
garisan lurus yang kehitaman dengan
huruf dan nombor yang berkaitan dicetak
berulang kali. Sebagai contoh, “BNM
RM50” dicetak berulang kali pada wang
kertas denominasi RM50.
• Ciri-ciri LEAD
Di sebelah kanan wang kertas
denominasi RM50 dan RM100, terdapat
jalur hologram yang berkilau. Jalur
hologram ini mengandungi 3 perkara,
iaitu:
– Imej yang sama dengan yang
terdapat di sebelah kanan potret
Yang di-Pertuan Agong Pertama 
– Imej yang menunjukkan angka
denominasi (contoh RM50)
– Imej huruf-huruf “BNM”
• Ciri-ciri PEAK
Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian
tengah wang kertas. Apabila dilihat dari
sudut yang berlainan pula, angka denominasi
boleh dilihat di pertengahan kotak.
Sebagai contohnya, angka 50 dicetak untuk
wang kertas denominasi RM50.
•`Tanda Pandang Telus
Bunga raya di bahagian atas dan bawah
wang kertas adalah serupa di kedua-dua
belah permukaan (depan dan belakang)
wang kertas.
• Cetakan Intaglio
Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama,
nombor denominasi corak dan perkataan
‘BANK NEGARA MALAYSIA’ adalah dicetak
dengan beberapa lapisan dakwat halus
untuk menghasilkan kesan timbul.

 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...