Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, Disember 14, 2012

Mari berpantun sebelum belajar

Assalamualaikum..

Sambil berehat - rehat tu cikgu yati nak kongsi pantun yang ada kene mengena dengan kepeluan kehidupan kita.Apa laagi wang le..
Memang tak dinafikan semua orang perlukan wang untuk memenuhi tuntutan hidup namun perlulah kita berjimat-cermat supaya tidak berlaku pembaziran. oleh itu renungilah pantun di bawah ini.

Pergi ke belukar memasang pikat,
              Pulangnya lewat di hujung petang,
        Jikalau sentiasa berjimat cermat,
              Rezeki secupak terasa segantang.
 
   Indah nian pemandangan dunia,
               Dari timur hingga ke selatan,
         Sikap berjimat amalan mulia,
               Orang boros sahabat syaitan.
 
  Masak meranum buah ara,
                Jatuh sebiji di atas papan,
         Jika berjimat setiap perkara,
                Pasti terjamin masa hadapan.

Selasa, Disember 04, 2012

Wang Malaysia

Assalamualaikum,

Kali ini cikgu Yati nak kita belajar mengenali wang malaysia.




Hati - hati ketika bersin
Ini  wang sepuluh sen




20 sen


50 sen


Pagi - pagi melastik serindit
Ini wang satu ringgit




lima ringgit


sepuluh ringgit


lima puluh ringgit

Cikgu harap nota ini dapat membantu murid - murid untuk mengenali pelbagai mata wang yang ada di Malaysia.


Jumaat, November 30, 2012

REKREASI

Assalamualaikum semua,

cikgu yati nak kongsi cerita dengan semua..
hari rabu yang lepas cikgu yati dengan famili hantar anak sulung cikgu pergi mrsm felda trolak untuk ambil ujian ukkm. Sementara nak tunggu anak cikgu habis ujian, kami pergi ke Hot Spring Sungai Klah.. cikgu ade sertakan beberapa keping gambar.. tengok la..


anak bongsu cikgu..












oklah..dah restkan minda nanti bolehlah kita sambung balik.

Khamis, November 08, 2012

Tokoh Matematik Islam

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera......

Hari ini cikgu yati nak berkongsi tentang seorang tokoh Matematik Islam yang mungkin ramai tidak tahu.....kalau yang dah tahu....anggaplah ini sebagai menambah ilmu.....

Beliau ialah  AL-KHAWARIZMI



Mari kita lihat ketokohan beliau...


LATAR BELAKANG TOKOH


            Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN


            Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitunganIndia pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
  1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
  2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
  3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

info credit to---->tokohislam2u




Selasa, November 06, 2012

ciri-ciri keselamatan wang Malaysia..

Assalamualaikum..

kali ini cikgu yati nak kita semua tahu tentang ciri-ciri keselamatan wang Malaysia.. 

CIRI-CIRI KESELAMATAN WANG KERTAS
MALAYSIA
Untuk membantu anda mengenal pasti
ketulenan wang kertas, ciri-ciri
keselamatan utama wang kertas Malaysia
(siri ketiga) adalah seperti berikut:
• Kertas
Wang kertas Malaysia dihasilkan daripada
kertas yang bermutu tinggi yang diperbuat
daripada kapas. Apabila disentuh, wang
kertas terasa kesat sedikit dan apabila
diramas hasilnya ialah bunyi kerangupan
yang unik.
• Potret Yang di-Pertuan Agong
Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama
yang terdapat di sebelah kanan wang
kertas adalah satu ciri pencegah pemalsuan
yang sukar untuk disalin atau dikeluarkan
semula.
• Potret Tanda Bayang
Imej samar-samar Potret Yang di-Pertuan
Agong Pertama boleh dilihat pada petak
kosong di sebelah kiri wang kertas,
sekiranya ditatap pada cahaya. Imej
daripada cahaya ini bercorak 3 dimensi
dengan alunan warna gelap dan terang
yang berbeza-beza dalam keadaan lembut dan berbayang, tanpa garisan luar
yang nyata. Di bahagian bawah potret
tanda bayang ini terdapat angka berkaitan.
Sebagai contoh, angka 50 dipaparkan
untuk denominasi RM50.
• Benang Keselamatan
Benang keselamatan ini ditenun
di permukaan sebelah belakang wang
kertas. Apabila dilihat pada cahaya,
benang ini kelihatan seperti satu
garisan lurus yang kehitaman dengan
huruf dan nombor yang berkaitan dicetak
berulang kali. Sebagai contoh, “BNM
RM50” dicetak berulang kali pada wang
kertas denominasi RM50.
• Ciri-ciri LEAD
Di sebelah kanan wang kertas
denominasi RM50 dan RM100, terdapat
jalur hologram yang berkilau. Jalur
hologram ini mengandungi 3 perkara,
iaitu:
– Imej yang sama dengan yang
terdapat di sebelah kanan potret
Yang di-Pertuan Agong Pertama 
– Imej yang menunjukkan angka
denominasi (contoh RM50)
– Imej huruf-huruf “BNM”
• Ciri-ciri PEAK
Ciri-ciri PEAK ini terdapat di bahagian
tengah wang kertas. Apabila dilihat dari
sudut yang berlainan pula, angka denominasi
boleh dilihat di pertengahan kotak.
Sebagai contohnya, angka 50 dicetak untuk
wang kertas denominasi RM50.
•`Tanda Pandang Telus
Bunga raya di bahagian atas dan bawah
wang kertas adalah serupa di kedua-dua
belah permukaan (depan dan belakang)
wang kertas.
• Cetakan Intaglio
Potret Yang di-Pertuan Agong Pertama,
nombor denominasi corak dan perkataan
‘BANK NEGARA MALAYSIA’ adalah dicetak
dengan beberapa lapisan dakwat halus
untuk menghasilkan kesan timbul.

 



 

Jommm.... Belajar Wang

Mai cik mai...cik mai....kita join blog cikgu yati....mai ramai...ramai...belajar tambah duit lagi...

Sebelum kita belajar bagaimana nak tambah duit...jom tonton video ni....
Dah puas tonton...kini masanya kita belajar...bagaimana nak kira duit....
Sebelum belajar mengira...Cikgu Yati nak perkenalkan dahulu wang...
                                                                     Ini Wang Syiling


                                                                   Ini pula wang kertas

Baiklah...semua dah kenal....sekarang...jommmm... kita belajar tambah wang...
Cikgu Yati nak ajar bagaimana nak kira wang guna abakus...Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. sediakan abakus



2. Kemudian, guru perlu memberikan penerangan bagaimana untuk menggunakan abakus.

                                            Gambar sekadar hiasan...ini bukan cikgu Yati yeee...
                                                             
4. Nyatakan bahagian asas abakus



6. Dah kenal...bolehlah berikan soalan kepada murid...

7. Contohnya 35 sen + 40 sen = ?

                     ( tiga puluh lima - naik 3 di rumah puluh dan naik 5 di rumah sa)



                                 ( empat puluh - naik lima turun 1 pada rumah puluh)
                                     ( jawapan 75 - tujuh di rumah puluh dan 5 di rumah sa)

8. Sekian....Selamat mencuba...

Jom kenali duit negara kita


Ini adalah duit lama negara kita.



Sepuluh ringgit.



Dua puluh ringgit.

Khamis, November 01, 2012

mikro-teaching

Alhamdulillah.Hari ini saya berjaya menyiapkan mikroteaching tugasan kpd.

Sabtu, September 29, 2012

saya cikgu baru belajar

Assalamualaikum.
Saya sebenarnya baru buat blog ni.Terhasil jugak akhirnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...